Sunday, August 22, 2010

hepi birthday ika...

untuk Ika..selamat hari lahir yg ke 20 key, sori kak aa lambat wish..hehe..buzi sket lately ni..apepun kuntum ngan aman dah celebrate kan birthday ika..hehe..semoga ika panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ika. terima kasih jadi kawan kak aa..best taw kawan ngan ika..hehe..iluvu sis!..

lagu nie untuk ika..

Aishah-Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Tuesday, August 17, 2010

Mak Di Hati...


Sedihnya rase pagi ni...hari ni sudah hari yang ke-8 berpuasa. Semalam mak baru je berangkat pergi umrah dengan wan. Wah..tak pernah lagi mak pergi jauh-jauh dalam masa yang lama. Tinggalkan abah, iwan dan ckin. Cik Aa pulak tak dapat nak pergi hantar mak sama-sama di KLIA semalam. Adui...pilu la rasa hati ni. Hari ni rasa rindu sangat pada mak. Sebelum ni pun berjauhan juga. Tapi hari ni rindu tu lain jer...

Saat menulis entry ni, air mata cik Aa tak berhenti-henti mengalir. Bukan sengaja, keluar tanpa dipaksa. Mungkin sebab naluri seorang anak yang asyik memikirkan keadaan ibunya.Tapi serius..lain sangat perasaan hari ni. Hari ni la rasa nak mak sangat-sangat. Nak tengok mak.Nak peluk mak.Nak pegang tangan mak. Nak makan dengan mak. Nak borak-borak dengan mak...Ya Allah...permudahkan segala urusan ibuku dan nenekku di tanah suci mu....Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali...


salam rindu buat mak..


Friday, August 6, 2010

Deerland ^^ Kuala Gandah



....Seronok sangat....

5 August 2010..semua budak biology sem 7..kecuali Mira sem 6, pergi Lancang, Pahang. Adeiyh..lame dah tak pergi lancang. Sejak aa tak sekolah kat SMK Datuk Bahaman, dah tak pergi pun Lancang. Terubat rindu nih...huhu ^^

Seawal 6.30 pagi bertolak dari Tanjung Malim. Sampai kat Deerland lebih kurang pukul 10..terus callZira(kawan lama, mat rempit dia nih..hehe)..Zira pun datang Deerland nak jumpe Aa...alolo..rindu beb..lame tak jumpa...best...lepas tu..pergi Kuala Gandah..tengok Gajah!..Besarrr nye gajah...hehe

Deerland Park is a privately owned and managed deer park in Lanchang, Pahang. The park has some 30 Indonesian deer (Cervus timorensis). Owner die cakap la...

Visitors to the park has a chance to hand feed these gentle creatures and observe their behaviour at close hand. Betull tak tipu...best sangat taw. We can see
a sun-bear (Helarctos malayanus) named Muda. There is also a section dedicated to the cultivation of traditional herbal plants, which has over 40 species of traditional herbs. Amazing right!

Just a few minutes further down the road, you will also find the
Kuala Gandah Elephant Sanctuary and an orang asli settlement that would make interesting stopovers. But, some buildings there is still in renovation..so that the panorama not quite good..dusty everywhere before we enter the Kuala Gandah site..by the way..we all really have fun there!

Please do not think that Deerland just a deer park but it actually had all kinds of animals inside and was really interesting..

Papepun..jom tengok gambar!



Usik-usik gajah..hehe..kasar kulit die..

nyet nyet..tunggang gajah dengan fara

celah pokok pun nak bergambar::

Ni la Zira...miss u daliing!


Apasal gambar aku ngan fareha ni macam nie..hehe

aku kot org yang paling bising time tu..jerit...takut nk pegang ular...hehe

Ni lah MUDA...sun bear( beruang matahari)..tengok kat dada dia..ada bentuk macam bulan kan..unik!

tengok Rusa bertanduk nie..baru lepas mandi lumpur..kononya macho la lepas mandi lumpur..kata Encik Abdullah tu...

Dikelilingi Rusa..!..rase macam tarzan dah..hehe


Rusa ni tak gigit pun..tapi kami semua takut dengan die..haha..bergambar pun jauh2,.


sempat lagi bergambar dengan dr. Syakirah dan Pn Ira..

Welcome to Deerland..:)

Beposing di Genting Sempah..

Cantik kan baju ungu kami..hehe

Breakfast dengan Fara..nyum nyum

continue..karangan bunga..~^.^~




Bunga 4: Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.

Bunga 5: Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda

Bunga 6: Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan

Bunga7: Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anada lebih indah berbanding jambangan bunga

Bunga 8 : Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana

Bunga 9: Serakanlah urusan makhluk kepada pencipta, jangan peduli kepada setiap pedengki dan orang yang suka mencari musuh

Bunga 10: Kesenangan dari sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa

hurmm..dalam banyak-banyak bunga, bunga yang paling aa suka Bunga 5....kita mesti lakukan apa yang kita rancang nak buat hari ni. Jangan tangguh-tangguh!..hehe

Aa selalu berniat nak buat macam tu..tapi tu lah..banyak betui godaan yang datang. Bukak laptop nak buat report...gatal tangan bukak facebook.dah..x siap report. tanggih hari esok.lame2 x siap.padan muke!..hehe ^ ^

Tapi x pe lah..sekurang-kurangnya kita mesti ingatkan diri kita hari-hari kan...sekarang ni pun berniat nak siapkan lab report..tapii :)..al maklumlah..bukan senang nak dapat rehat-rehat ...katil kat sebelah jer..rasenyer sekejap lagi...mesti ZzZzZz..hehe....aih........SETAN!...takkk..jgn ikut cakap SETAN!!!hehe....

^^babaiy ^^



Tuesday, August 3, 2010

.karangan bunga.



pesanan ini untuk semua kaun hawa dan diri ku sendiri...special untuk sis Siti Afikah Abd Karim

Bunga 1: Contohilah serangga yang hanya hinggap di atas bebungaan yang sedang mekar dan ranting-ranting yang runcing

Bunga 2 : Berjanjilah dengan diri kita tidak akan sekali-kali mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain

Bunga 3 : Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama kita, jadi tidak ada sebab untuk kita merasa takut?Tetapi jika kita memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat kita bergantung harap.....

Nauzubillah...

:tapi manusia ni tidak lari dari buat silap.diri hamba pun...ape-apapun...jangan ulangi kesilapan.Tapi kadang-kadang buat jugak.Cakap je tak nak buat..hehe:

.banyak lagi bunga....esok sampung bunga 4 sampai 6.



Monday, August 2, 2010

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah..hari ni, (2.8.2010) genaplah unur aku 22 tahun.Alamak, dah bertambah lagi umur nih!..oh tidak!.hehe...manusia macam ni lah, tak lari dari tua. pakai lah susuk ke ape..akan tua jugak.akan mati jugak...adeiyh..

Seronok hari ni.mule2 macam sedih.Sebab adik-adik rumah tak wish pun.isk isk sob sob. (ade hati nak suruh org wish!)..rupe-rupenye dieorang nak buat surprise. Tibe-tibe je malam ni ketuk pintu datang bawak kek...Waaaaa...terharu. Best.!3 tahun aku duduk UPSI ni, setiap tahun pasti ada kawan-kawan buat surprise!!!!!....terharu. terima kasih pada semua adik-adik rumah 1-3-11. (kak Umi,Syue, Miza, wani, elia, mira dan Lai).

Tapi apa yang aku harapkan setiap kali ulang tahun hari jadi bukanlah surprise dari kawan-kawan ke apa. Apa yang aku harapkan semoga dengan pertambahan umur nie, aku lebih bermotivasi dan terus bersemangat dalam menghadapi cabaran dan dugaan...Semoga Allah memudahkan segala urusanku dan merahmati setiap kerja yang aku lakukan.Aminn...

.terima kasih utk semua.

:i love you all:







(",) muhasabah cinta (",)
Related Posts with Thumbnails

yuhuu